Open post

Hai, Saya Azman…

Hai Semua!

Nama Saya, Mohd Azman Bin Mohd Rosli. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan kini berumur 31 tahun. Anda masuk sini mesti sebab anda mencari agent Coway yang padu dan superpower dalam menguruskan setiap pertanyaan anda kan?

Azman lah orangnya!

Pernah ke jumpa agent penapis air lain yang kacak dan bergaya macam Azman ni? hahaha....

Ok.. Ok... Kita berbalik pada topik...

Azman telah bersama Coway sejak Disember 2016 lagi. Dengan HP Code 540123 (cantik kan?). Sehingga kini, Azman telah berjaya menguruskan lebih dari 400 order pelanggan. Jadi Azman dah tahu sangat apa yang terbaik untuk anda semua dan apa yang biasanya disembangkan. hehe..

 

Sebagai Pengguna Mestilah nak Agent Yang Dipercayai Kan?

Azman pasti anda mesti nak agent yang boleh dipercayai dan boleh diharap. Sebab Azman pun macam tu kalau nak beli sesuatu. Ye lah, nak pakai Coway ni bukan sehari dua kan? Bila nak pakai benda tu lama, kita pun fikir nak cari orang yang boleh diharap sebab kalau apa-apa, tahu nak cari siapa kan? Azman memang sedia membantu sebarang persoalan dari pelanggan-pelanggan Azman. Ada yang bukan pelanggan Azman pun Azman bantu. sebab agent dia tak kenal siapa. Jumpa di Giant je lepas sign tu senyap sunyi 1000 bahasa.

Itu perkara biasa. Ramai agent-agent tak kira apa produk pun di luar sana tidak faham erti AFTER SALES SERVICE. Bagi Azman, perkhidmatan yang terbaik bergantung kepada perkhidmatan selepas jualan. Bukan sekadar ayat-ayat manis nak pelanggan membeli dengan kita. Tetapi apa yang kita dapat berikan kepada pelanggan selepas pelanggan membeli dengan kita. Itulah keutamaan yang Azman tekankan supaya semua pelanggan-pelanggan Azman kekal gembira bersama Azman.

Scroll to top